Tukar Alamat Pusat Mengundi

Salam buat semua.

Dalam entri ini, saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana hendak menukar pusat mengundi untuk pilihanraya kelak. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PRU ke-13 semakin hampir. Ada desas-desus mungkin ianya akan diadakan seawalnya pada tahun ini. Bagi yang belum mendaftar sebagai pengundi, sila lah cepat-cepat mendaftar untuk dapatkan hak anda sebagai warganegara yang sah iaitu hak untuk mengundi. Mungkin ada yang memandang remah hal ini namun tanggungjawab ini perlu kita laksanakan sebaiknya sebagai tanda kita sayangkan tanah tumpahnya darah kita ni.

Kembali kepada topik sebenar. Pertukaran pusat mengundi ni boleh dilakukan di mana-mana pejabat pos berkomputer di seluruh negara tapi sebelum tu anda mesti pastikan yang anda telah menukar alamat kediaman terkini dalam MyKad anda. Jangan nanti penat-penat beratur lama di pejabat pos, bila sampai giliran anda tak boleh tukar pusat mengundi pulak.

So, prosedur yang pertama pergi tukar alamat dalam MyKad dulu di pejabat JPN. Sedikit info yang saya ambil di website JPN tentang pertukaran alamat.   

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah hadir.
2. Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
3. Alamat mestilah menggunakan alamat tempat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja, pejabat, organisasi atau alamat peti surat (P. O. Box) tidak dibenarkan.

PROSEDUR PERMOHONAN
 

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa Kad Pengenalan (asal dan salinan):

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

    Warganegara = RM 10.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 10.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru = RM2.00
   
    Bukan Warganegara = RM 40.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 40.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru = RM2.00

Makluman: Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang hendaklah memohon gantian Kad Pengenalan jika bertukar tempat kediaman yang akan didiami selama 90 hari atau lebih.  



Ok. Selepas sebulan, anda boleh ambil MyKad baru anda di pejabat JPN dan pergi ke mana-mana pejabat pos berkomputer. Hanya tunjukkan MyKad baru anda di kaunter dan kerani bertugas akan key in maklumat terkini anda dalam Borang A pendaftaran pemilih 2002. (anda akan diberikan salinannya)
Contoh Borang A. Thanks to Google.
Selamat bertukar pusat mengundi & selamat mengundi. Gunakan hak anda dengan bijaksana.
28 Responses
  1. ucu keyna Says:

    salam..
    ucu lom leh mngundi la cikgu..
    hehe ^_^


  2. Hamdan Says:

    lama dah teringin nak tukar alamat// takut bila tukar je...tiba2 umum pilihanraya...haru laa..camne ni cikgu ?


  3. cikgu idris Says:

    Hamdan :

    Payah jugak camtu sebab yang sistem kita sekarang ni nak pilihanraya kena tunggu 'ilham' dulu. Apapun kalau nak selamat tunggu dulu la lepas PRU 13 ni baru tukar alamat. Yang penting hak mengundi tu tak hilang.


  4. Abg Ijal Says:

    Ey, baguslah entri ni. TQ for the info sebab tak pernah tahu cara nak menukar alamat pusat mengundi!
    Tak sabar rasanya nak mengundi kali ke-5!....bilalah PRU13 yek?


  5. tunz Says:

    jgn buat undi rosak udah le yer..


  6. farah fasyarihin Says:

    aslmkm....ckgu idris...
    kalau saya ingin menukar alamat melalui cara online sendiribleh kew?
    saya keliru la dalam hal ini....boleh saya tahu cara nya tidak


  7. cikgu idris Says:

    farah :

    waalaikumussalam, setahu saya SPR belum sediakan servis menukar alamat secara online. Yang terkini hanyalah servis untuk download borang berkaitan sahaja bukannya proses menukar secara online.


  8. Anonymous Says:

    kalau saya nak tukar don cam mana


  9. Cikgu Idris Says:

    @Anonymous

    Sama seperti prosedur di atas.


  10. Anonymous Says:

    terima kasih cikgu..info yg berguna...


  11. Salam sejahtera. Mohon artikel tentang tukar alamat mengundi ini utk dikongsikan di blog saya, saya letak sumber kembali ke post ini. Ini post di blog saya ~ cara menukar alamat tempat mengundi


  12. Anonymous Says:

    SAYA BARU TERFIKIR BAGAIMANA CARA NAK TUKARRR TEMPAT MENGUNDI.T.KASIH DENGAN INFO CIKGU.


  13. Anonymous Says:

    Terima kasih untuk panduan yang diberi.


  14. Mas Says:

    Boleh tak kalau mohon daftar menjadi pemilih di pejabat pos guna kad pengenalan sementara (slip)? Nak tunggu sebulan br nak dapat kp, lambat betul..


  15. Mas Says:

    Boleh tak kalau mohon daftar menjadi pemilih di pejabat pos guna kad pengenalan sementara (slip)? Nak tunggu sebulan br nak dapat kp, lambat betul..


  16. Cikgu Idris Says:

    To Mas :

    Q: Bolehkah mendaftar di pejabat pos dengan menggunakan
    resit JPN KPPK 9 atau resit JPN KPPK11?
    A: BOLEH, dengan syarat resit JPN KPPK 11 perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala resit JPN KPPK9 tidak perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

    Sumber : http://www.spr.gov.my/


  17. Ulya Says:

    terima kasih atas perkongsian .


  18. Anonymous Says:

    kt ic, almt kg. kalo tkr almt mkn ms sbuln ye ckgu? tkot tba2 pru. dh la thn dlu xblk ngundi. agk2 kalo pru ada x dlm sebuln dua ni? blh la tkr alamat.


  19. Cikgu Idris Says:

    To Anonymous :

    Mm..ikut pengalaman saya dulu dlm masa sebulan baru siap.. Nak ckp PRU dlm sebulan dua ni :-) tak tahulah sbb tu PM punya kerja..


  20. loges siva Says:

    haicikgu. dulu mak sy undi di johor, skrg dah pindah perak. sy check status kena undi kat johor. mcm mana nak tukar kat perak


  21. Cikgu Idris Says:

    to loges siva :

    Hi! i think should be sama macam step yg saya buat..1st, kena tukar alamat di IC..then, baru pergi ke post office untuk tukar pusat mengundi...


  22. Anonymous Says:

    ape sushah tukar alamat dlm ic (chip) tak yah tunggu dapat ic baru kan dah clear kat atas tu web jpn tuu..heee


  23. Anonymous Says:

    salam... tkr alamat d ic akn amik ms sebulan lbh.. jd, kalo sy guna slip ic sementara tu utk tukar tmpat mngundi d pej pos, boleh x?? huhuu peninggg....


  24. Anonymous Says:

    tak ada ke cara online nk tukar pusat mengundi??


  25. charis tan Says:

    Now is it too late to change the address?


  26. Anonymous Says:

    tukar alamat ambik masa brapa lama?ic dah tukar..sempat ke klu baru nak tukar skrg?


  27. jijio Says:

    time kaseh bnyakkkkk33x


  28. Anonymous Says:

    shima

    i sdh tukar alamat di i/c, sempat ke skrg i bt pertukaran alamat di pejabat pos untuk undi 5may2013


Related Posts with Thumbnails

Followers

Recent Comments

Recent Comments Widget